Sejarah Sekolah

NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1), Jalan Meranti, 17000 Pasir Mas, Kelantan.

KOD  SEKOLAH
DEE 3247

GRED SEKOLAH:
A

HUBUNGI SEKOLAH
No Telefon: 09-7909214,   No Fax: 09-7905879  Email:info@smksis.edu.my,   http://www.smksis.edu.my/

NAMA PENGETUA
Tn. Hj. Ab. Halim bin Che Hassan

TOKOH SEKOLAH

Nama Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) adalah sempena nama ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memerintah Kelantan antara tahun 1944-1960. Baginda diputerakan di Istana Besa pd 9hb Ogos 1987. Apabila meningkat umur 14 tahun, baginda telah dikurniakan gelaran Tengku Seri Indera Mahkota Kelantan dan dilantik menjadi jurulatih kepada Seri Paduka ayahandanya Sultan Muhammad IV. Pada tahun 1914, baginda berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Zainab bt. Tengku Zainal Abidin. Baginda kemudiannya dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri dalam tahun 1918. Dalam tahun 1919 baginda dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kemudian, baginda dilantik menjadi Bakal Sultan bergelar Raja Kelanatn. Baginda ditabal dan dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan pada 25hb Oktober 1944. 

PENGASAS SEKOLAH

Tua A.H.Hill, Penguasa Pelajaran Kelantan pada tahun 1947 merupakan pengasas Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1),Pasir Mas. Beliau bertanggungjawab bagi pengambilan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan seluruh Pasir Mas untuk memasuki kelas Melayu Khas (Special Malay Classes),melalui satu temuduga khas.Beliau kemudiannya bersetuju membuka sekolah tersebut pada tahun 1949 dan menamakan sebagai sekolah ini sebagai Sekolah Inggeris Kerajaaan (Government English School), Pasir Mas. Beliau telah melantik Encik Hussien bin Mohammad sebagai guru besar yang pertama.

SEJARAH SEKOLAH RINGKAS SEKOLAH

TAHUN 1947
Penguasa Pelajaran Jabatan Kelantan,Tuan A.H.Hill telah bersetuju mengadakan satu temuduga khas untuk pengambilan murid-murid sekolah kebangsaan seluruh Pasir Mas untuk memasuki ’Kelas Melayu Khas’ (Special Malay Classes).

6 MEI 1949
Sekolah yang dicadangkan ini dibuka. Sekolah ini menggunakan nama ’Sekolah Inggeris Kerajaan’ (General English School),Pasir Mas. Guru pertamanya ialah Encik Hussein Mohamed. Seramai 40 orang pelajar telah didaftarkan dan 2 orang tenaga pengaja telah bertugas di sekolah ini. Bangunan untuk ’Kelas Melayu Khas’ ini belum lagi di bina. Oleh itu,pelajar-pelajarnya ditempatkan (menumpang) di satu bilik darjah di Sekolah Melayu Pasir Mas. ’General English School’ ini hanya ditadbirkan dan diuruskan oleh Guru Besar tanpa bantuan kerani,budak pejabat,tukang kebun dan tukang sapu.

AKHIR 1949
Kerajaan telah menyerahkan satu bangunan lama kepada pihak sekolah. Bangunan itu asalnya merupakan stor simpanan padi dan beras yang telah dibina dan digunakan oleh tentera jepun. Sekolah ini lebih dikenali sebagai ’Sekolah Rumah Padi’. Ianya terletak di Kubang Bemban kira-kira 2km dari Pusat Bandar Pasir Mas. Ianya juga telah diubahsuai dan dijadikan dengan 5 buah bilik darjah,sebuah bilik guru dan sebuah gelanggang badminton (gelanggang ini merupakan gelanggang badminton dalam bangunan yang pertama di Kelantan telah dijadikan tempat pertandingan utama di negeri ini.) ’ Sekolah Rumah Padi’ telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV.

TAHUN 1954
Asrama pelajar mula didirikan,tujuannya ialah untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

TAHUN 1956’Sekolah Rumah Padi’ dikira tidak selamat untuk digunakan sebagai sekolah. Bangunan asrama dijadikan sekolah sementara. Penghuni asrama pula terpaksa berpindah ke sebuah rumah biasa berhampiran bandar. Bangunan sekolah dalam proses pembinaan.

AWAL TAHUN 1957
Berpindah ke sekolah baru. Nama Sekolah Inggeris Kerajaan telah ditukar namanya kepada Sekolah Sultan Ibrahim (Sultan Ibrahim School),P.Mas,mengambil sempena nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan – Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV (1944-1960).

TAHUN 1961
Disebabkan pertambahan pelajar yang pesat,iaitu lebih kurang 15000 orang. Sekolah Sultan Ibrahim dibahagikan kepada dua,iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan ini,sekolah ini bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (Sultan Ibrahim Secondary School) Pasir Mas.

TAHUN 1967
Kelas Tingkatan IV (SASTERA) Aliran Melayu mula dibuka tetapi malang sekali apabila kelas ini terpaksa ditutup pada 1969 kerana ketiadaan kemudahan yang sesuai untuk maereka. Oleh itu, pelajar-pelajar yang layak menaiki tingkatan IV dipindahkan ke Sekolah Menengah Ismail Petra,Kota Bharu.

SEKITAR 1968
Sebuah lagi bangunan baru tingkatan satu telah dibina dan disiapkan.

TAHUN 1977
Bagaimanapun, kebanjiran pelajar menyebabkan sekolah ini sekali lagi dipecahkan kepada dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1) dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2).

TAHUN 1978 Sekolah ini membuka semula kelas tingkatan IV Aliran Sastera dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Kelas ini bertujuan menampung semula pelajar Tingkatan V yang layak menyambung pelajaran ke Tingkatan IV dari sekolah-sekolah menengah dalam jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah. Sehingga kini, kelas tingkatan IV ini terus dibuka tetapi hanya untuk menampung pelajar-pelajar dari sekolah sendiri, S.M.Sultan Ibrahim (2), S.M Perempuan, S.M. Meranti dan sebahagian lagi dari S.M. Bunut Susu.

TAHUN 1985
Koperasi S.M.S.I (1) Pasir Mas Berhad ditubuhkan.

TAHUN 1988
Sebuah dewan sekolah mula dibina.

TAHUN 1989
Bangunan tambahan 1 blok 2 tingkat dan 1 blok 3 tingkat mula dibina. Koperasi S.M.S.I (1) Pasir Mas Berhad telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan `Koperasi Terbaik` Peringkat Kebangsaan.

TAHUN 1990
Dewan siap dibina dan mula digunakan. Koperasi sekolah ini berjaya memperbaiki keputusan dengan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan `Koperasi Terbaik` Peringkat Kebangsaan.

TAHUN 1991
Bangunan tambahan mula siap dan digunakan sepenuhnya. Kini, Koperasi S.M.S.I (1) Pasir Mas Berhad telah berjaya menjadi johan bagi Pertandingan `Koperasi Terbaik` peringkat kebangsaan. Cikgu Wan Ismail telah mendapat pingat emas bagi kategori `Guru Koperasi Terbaik`. Pada tahun ini juga, sekolah ini telah dicalonkan sebagai `Sekolah Harapan Negara`.            Sehingga hari ini, S.M.S.I. (1) telah mempunyai perpustakaan, 52 bilik darjah, 5 buah makmal dan sebuah asrama bagi menempatkan puteri-puterinya yang tinggal jauh dari sekolah. Terdapat 15 blok bangunan semuanya termasuk asrama, kantin, pejabat sekolah, bilik pengetua, dewan sekolah dan lain-lain. Kini, sekolah mempunyai 1583 orang pelajar. 

TAHUN 2001
Bangunan tambahan baru S.M.S.I (1) yang terdiri daripada 3 blok bangunan sebenarnya di bina di atas tapak bangunan lama. Sebaik sahaja lulusnya tarikh milik tapak pada 15 Oktober 2001, maka bermulalah kerja-kerja merobohkan bangunan lama. Projek yang menelan belanja sebanyak RM 7,360,000.00 ini dilaksanakan oleh Kontraktor Reztana Enterprise Sdn.Bhd. di bawah pengarah projeknya Datin Dr.Hajjah Nik Azizah binti Hj Nik Yahya dan dibantu oleh pengurus projek En. Abdul Aziz bin Mohd Ali.Tempoh kontrak ini bermula dari 15 Oktober 2001 hinggalah 8 Disember 2001. Selama 60 minggu pengarah dan pengurus projek serta pekerja binaan mengerah tenaga dan keringat untuk menyiapkan bangunan tambahan ini mengikut tempoh kontrak yang telah ditetapkan. Oleh sebab sebahagian besar kerja-kerja dilakukan dalam bulan Disember, pelbagai masalah terpaksa dihadapi termasuklah gangguan cuaca yang tidak menentu mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan projek ini. Kesulitan yang dialami menyebabkan bangunan tambahan ini tidak dapat disiapkan pada tarikh sepatutnya iaitu 8 Disember 2002. Oleh itu, tempoh kontrak dilanjutkan beberapa bulan berikutnya hinggalah kerja-kerja siap sepenuhnya pada 13 April 2003 setelah diperiksa oleh Mohamad Asri bin Abd Rahman (Penyelia Pendidikan Unit Pembangunan Fizikal) mewakili JPN dan Tuan Zainab binti Tuan Chik, mewakili Jabatan Kerja Raya. Walaupun begitu S.M.S.I (1) masih meneruskan persekolahan dua sesi kerana masalah pengurusan perabot pelajar.

TAHUN 2003
Bangunan tambahan yang terdiri daripada 3 blok bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya pada 8 Mei 2003. Pada tarikh ini ialah S.M.S.I. (1) telah memulakan persekolahan 1 sesi dengan jumlah pelajar seramai 2106 orang dan 217 orang guru. Bangunan 3 blok ini masing-masing terdiri daripada empat tingkat. Blok A dilengkapi dengan kemudahan seperti kantin guru dan kantin pelajar, makmal fizik, makmal biologi, makmal kimia, pejabat pengetua dan penolong kanan serta pusat sumber sekolah. Blok B pula berkembar dengan Blok A tetapi dipisahkan oleh jejantas. Blok ini dilengkapi dengan bilik guru, guru kanan, bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik kaunseling dan urusetia peperiksaan.            Manakala Blok C pula terdapat bilik pengawas, bilik darjah, bilik koperasi. Semua blok dilengkapi dengan tandas dan tingkat bawah, tingkat dua dan tingkat tiga. Walau bagaimanapun S.M.S.I (1) masih lagi kekurangan bilik darjah yang  ada sebanyak 63 buah masih belum mencukupi. Oleh itu, untuk membolehkan semua pelajar belajar dalam satu sesi bangunan lama yang terdiri daripada pusat sumber dan bilik guru lama di ubahsuai dijadikan kelas. Pelajar-pelajar asrama di S.M.S.I (1) juga lebih selesa deengan adanya asrama puteri baru yang lebih sempurna. Manakala warga S.M.S.I (1) yang beragama Islam pula boleh solat berjemaah di Musalla yang baru dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajar.            Semoga suasana baru ini akan mencetuskan motivasi kepada warga S.M.S.I (1) untuk meningkatkan prestasi dan potensi diri, demi kegemilangan S.M.S.I. (1) pada masa akan datang.

TAHUN 2004
Setelah berpindah ke bangunan baru hampir setengah tahun menjelang sesi 2004, S.M.S.I (1) kelihatan lebih ceria. Perubahan positif ini diteruskan walaupun pada penghujung tahun 2003 (29 November 2003) Tuan Pengetua Haji Wan Ali bin Wan Yusoff telah bersara dan diikuti oleh Tuan Haji Daud bin Mohamad selaku Penolong Kanan Satu S.M.S.I. (1). Pada tahun 2004 juga Tuan Haji Adnan bin Othman telah dilantik sebagai pengetua  sekolah ini. Pada tahun ini juga bangunan makmal komputer di bina oleh Kementerian Pelajaran Malaysi TAHUN 2005
Sekolah telah merima peralatan komputer untuk melengkapkan makmal komputer dari pihak KPM. Pada tahun ini juga SMKSI(1) telah dipilih sebagai sekolah rintis untuk program ICTl peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 1.

TAHUN 2006
Mata pelajaran ICT peringkat SPM buat julung kalinya diperkenalkan disekolah ini.

TAHUN 2008

Pada 9 September 2008 Tn. Haji Adnan bin Che Othman telah bertukar sebagai Pengetua di SMK. Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan dan diganti pula oleh Puan Muhanizah bt Mustapha  Pengetua dari SMK. Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan sehingga sekarang.

TAHUN 2009

SMK. Sultan Ibrahim  (1)  berada di bawah kepimpinan Pengetua Pn. Muhanizah bt Mustapha  dengan dibantu oleh PK Pentadbiran Pn. Hjh Noriah bt Mohd Noor, PK HEM  Tn. Hj. Ab. Harith bin Hamid, PK KoKurikulum En. Che Ahmad Zaini bin Hussein dan  4 orang Guru Kanan iaitu Pn. Hjh Ramlah bt Sulaiman (GK Sains dan Mathematik), Hjh Rozita  bt Othman GK Bahasa, Tn. Hj.Nor Azlan bin Mohd Yusof GK Teknik dan Vokasional serta Pn. Hjh Nur Aziemah Nadiah Lua bt Abdullah sebagai GK Sains Sosial. Seramai 130 orang guru penolong dan 19 orang staff sokongan .Terdapat sebanyak 63 buah kelas dengan 2098 pelajar. Seramai 254 orang menghuni asrama sekolah dimana 77 orang pelajar lelaki dan 177 orang pelajar perempuan.Banyak perubahan telah dilakukan pada tahun ini antaranya memperkenalkan sistem Kad Perakam waktu (Punch Card) untuk guru dan kakitangan, Sistem Failing yang sistematik, Budaya Dokumentasi serta menyediakan Bilik Dokumentasi

TAHUN 2010

Setiap unit telah merancang aktiviti masing-masing untuk dilaksanakan pada tahun ini dengan semangat kerja sepasukan.

Kakitangan dan Pelajar

TAHUN GURU  STAFF PELAJAR
1949 02

 -

36

1960

27

 -

770

1970

44

 -

1226

1980

70

 -

1531

1990

78

 -

1650

1997

95

 -

1790

1998

104

 -

1954

 2009

 137

 19

 2098

 2010

 137

 18

 1949

 2011

   135

   20

  1801

 2012  132  20  1601