SETULUS BICARA TUAN PENGETUA

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Laman Web A?tahun 2013 di atas inisiatif dan kesungguhan menghasilkan Laman Web A?ini yang amat berguna kepada A?warga sekolah , A?ibu bapa serta masyarakat amnya mengenali A?SMKSIS dengan lebih dekat dan bermakna lagi.

SMK Sultan Ibrahim 1 merupakan salah sebuah sekolah yang bertanggungjawab membentuk modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, pembudayaan adab dan kepimpinan yang seterusnya menyumbang kepada pembinaan Negara bangsa yang maju menjelang 2020. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya warga sekolah ini mewujudkan anjakan dalam sistem dan budaya kerja dengan didasari oleh nilai-nilai aspirasi dan idealism bagi memungkinkan aplikasi pendidikan secara menyeluruh. Adalah amat kritikal untuk setiap warga sekolah menjiwai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membantu menjayakan visi dan misi sekolah serta mampu memberi perkhidmatan yang terbaik dan sejajar dengan ekspektasi dan kehendak stakeholders dan masyarakat setempat secara amnya.

Dengan adanya laman web ini , saya berharap agar ianya mampu dijadikan panduan untuk warga sekolah berusaha menambah baik kualiti perkhidmatan kita dan sentiasa bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi SMK Sultan Ibrahim 1 dalam semua aspek.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

(AB HALIM BIN CHE HASSAN)

Pengetua,

SMK Sultan Ibrahim (1)

17000 Pasir Mas.

A?

A?

A?