PERUTUSAN PENGETUA 2019

p3

SETULUS BICARA TUAN PENGETUA
Assalamualaikum dan Salam Malaysia.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2019 dapat disiapkan dan diedarkan kepada semua guru . Semoga Buku pengurusan ini menjadi lambang komitmen kita dengan Profesion keguruan dan seterusnya meletakkan para pentadbir, guru-guru dan staf sokongan SMK Sultan Ibrahim 1 ke arah Budaya Kerja yang berkualiti dan berwawasan. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan tahun 2019 atas inisiatif dan kesungguhan menghasilkan buku ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat bertugas pada tahun 2019 kepada semua guru dan staf sokongan Smk Sultan Ibrahim 1. Mudah-mudahan pada tahun ini kita dapat memperbahrui dan meningkatkan azam kita untuk terus mendidik dan melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tangguingjawab. Jadikanlah kerja hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Saya berharap buku ini dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap profesionalisme yang tinggi dan berkualiti serta bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi SMK Sultan Ibrahim 1 dalam semua aspek.

Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun 2019 akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin SMK Sultan Ibrahim 1 akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin. Kita mesti bersatu untuk mencapai kecemerlangan bak kata pepatah ”Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2019 dengan harapan SMK Sultan Ibrahim 1 akan terus melakar kecemerlangan.

Sekian, terima kasih dan Selamat Bertugas

”TUGAS ITU AMANAH, KERJA ITU IBADAH”.

(ZULKAFLI BIN SENIK)
Pengetua,
SMK Sultan Ibrahim (1)
17000 Pasir Mas.