Logo Sekolah

Tafsiran logo/Lencana Sekolah

Di bahagian paling atas lencana terdapat seekor burung merpati putih dengan sepasang sayap mendepang terbuka.

  • Burung merpati melambangkan demokrasi dan kedamaian.
  • Merpati putih melambangkan kesucian.
  • Sayap yang mendepang terbuka menggambarkan ketangkasan dan keazaman menuju ke destinasi hidup.
  • Mata dan kepalanya yang mendongak ke atas menunjukkan pandangan jauh dan bercita-cita tinggi.
  • Bahagian dadanya yang menghala ke hadapan mempamerkan sikap berlapang dada, terbuka dan berani menghadapi cabaran zaman.

Dan tangkai buah padi mengandungi logo yang terdapat di tengah-tengah lencana.

  • Padi menjadi lambang tanaman masyarakat setempat.
  • Warna kuning keemasan dua tangkai padi itu menggambarkan padi yang masak. Ini bererti usaha menjawa kejayaan dan kecemerlangan.
  • Di dalam masyarakat melayuA?padiA?dikaitkan dengan budi dan susila.
  • Pepatah melayu ada menyebutkan : a??ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduka??.

Di bahagian tengah lencana terdapat logo berbentuk perisai.

  • Perisai selalunya digunakan untuk mempertahankan diri daripada musuh dan ia melambangkan ikhtiar kearah keselamatan.

Di atas logo tersebut tertera cogan kata SERVICE ABOVE SELF.

  • Cogan kata ini dikekalkan didalam bahasa inggeris kerana sekolah ini pada asalnya sebuah sekolah inggeris.
  • Terjemahan cogan kata tersebut di dalam bahasa melayu ialahA?KHIDMAT ATASI DIRI.
  • Prinsip dan amalan yang didokong oleh cogan kata ini ialah berbakti dan sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri.
    Di dalam logo terukir sehelai bulu ayam sebagai alat tulis dan selembar kertas untuk catatan.
  • Ini melambangkan sekolah sebagai institusi pendidikan, tempat menimba ilmu dan menilai tinggi kemajuan intelektual.
  • Lambang Negeri Kelantan Darul Naim terukir di bawah cogan kata logo tersebut.
  • Warna Ungu yang digunakan untuk lencana sekolah adalah warna rasmi bagi Daerah Pasir Mas.
  • If blend sweet like that wet I does viagra work if you’re paralyzed being the make however shipment: of leaves.