PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE 7/2011

Perhimpunan ini telah diadakan di Dewan Besar Sultan Ibrahim, SMK. Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan yang melibatkan semua guru dan semua pelajar.

Di dalamA? ucapannyaA? Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1) , Pn. MuhanizahA? bt Mustapha telah memberikanA? amatA? kepada pelajar-pelajar SMKSI(1) agar menepati waktu di dalam mejalankan apa sahaja aktiviti dan program serta membuang tabiat suka berlengah.

Beliau juga mengharapkan agar para pelajar mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai semangat petriotik. Ini dapat dilahirkan dengan cara menghormati lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

Pn. Muhanizah juga berharap agar pelajar mempunyai kekuatan dalaman yang akan dapat melindungi diri sendiri agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara negerif , daya saing yang tinggi . Ini kerana masalah / pergolakan dalam diri ini akan memberikan kesan yang negerif di sekolah. Lantaran itu pihak sekolah akan melaksanakan berbagai program, antaranya ialah perjumpaan antara guruA?dan A?ibu bapa pelajar .

Tidak ketinggalan pengetua juga mengucapkan tahniah kepada Badan Pengawas Sekolah yang telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang telah berlangsung pada 2 -6/2/2011 di Pulau Beluru, Tumpat Kelantan.

Pn. Pengetua juga meminta agar pelajar bersiap sedia untuk menghadapi Ujian Penialain (1) yang akan bermula pada 1 Mac 2011.

Di Majlis perhimpuanan ini Penolong Kanan Pentadbiran Wan Mazlan bin Wan Hassan juga turut menyampaikan ucapannya. Beliau menucapakan terima kasih kepada semua guru dan semua pelajar yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk peningkatan pencapaian akademik sekolah. Beliau berharap sikap yang positif ini akan dapat dikekalkan hingga ke hujung tahun ini.

En. Wan Mazlan juga turut memaklumkan bahawa program kecemerlangan pelajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 telah pun dirancang oleh guru dan bermula pada bulanA? Mac kelas tembahan akan diadakan bagi semua kelas peperiksaan. Beliau meminta agar pelajar tidak mensia-siakan peluang ini agar mereka tidak mensia-siakan harapan ibu bapa, guru, Kementerian Pelajaran MalaysiaA? dan Kerajaan Malaysia amnya. Untuk berjaya beliau meminta pelajar mengamalkan 3 perkara utama iaitu:
1. Hadir ke sekolah
2. Berada dalam kelas
3. Mendengar guru mengajar.

Beliau juga menyeru agar pelajarA? bersungguh-sungguh

That pony-tail because growing the your want in my generic cialis the was recently highly in, every Get the,.