PELANCARAN BULAN BAHASA (MBMMBI) MINGGU BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa perpaduan  di Negara Malaysia.  Bahasa Melayu juga adalah bahasa pengantar di semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah di negara ini.  Para  pelajar di Malaysia perlu mampu menggunakan bahasa melayu. dengan betul supaya dapat memahami pelajaran yang diajar di sekolah dengan baik. Bahasa Inggeris pula adalah bahasa perantaraan antarabangsa dan bahasa ilmu antarabangsa yang memeberi banyak kelebihan kepada pelajar  yang mampu menguasainya. Program Bulan Bahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan penguasaan kedua-dua bahasa secara tidak formal.

Sehubungan itu Majlis  Pelancaran Bulan Bahasa  (MBMMBI)  dan  Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari ini di Dewan Besar Sulatan Ibrahim, SMI. Sultan Ibraimi (1), Pasir Mas, Kelantan bermula jam 7.40 pagi yang melibatkan semua pelajar dan semua guru.

Objektif pelancaran ini diadakan adalahl untuk:

1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeirs dengan cekap.
2.  Membimbing pelajar supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahaasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
3. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar  tanpa mengira kaum dan penggunaan Bahasa Melayu di luar kelas.
4. Mencungkil bakat pelajar spaya dapat diketengahkan.

ATURCARA MAJLIS

7.30 Pagi   Pelajar berkumpul di dewan
7.40 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah
 7.50 pagi Bacaan Doa
 8.00 pagi Ucapan perasmian pengetua
 8.10 pagi Gimik PSS
 8.20 pagi Persembahan Coir & Choral Speaking
 8.35 pagi Persembahan Sajak
 8.40 pagi Persembahan Syair
 8.45 pagi Bersurai

Merujuk kepda ucupan Penolong Kanan Pentadbiran En. Wan Mazlan bin Wan Hassan yang telah merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa (MBMMBI) beliau menguapakan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa  yang telah berkerja keras untuk melaksanakan program ini . Beliau juga meminta supaya setiap pelajar bertutur menggunakan bahasa yang baik kerana penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja digunakan dalam masyarakat malah juga digunakan dalam Al-Quran.

Majlis hari ini telah diserikan lagi dengan persembahan coir serta Choral Speaking . deklimasi sajak,  bersayair dan Jangan Lupa Lirik.

Pusat Sumber sekolah pula telah mengadakan beberapa aktiviti sempena pelancaran ini iaitu jualan buku, kempen menderma buku, pertandingan menulis essei, ulasan buku, kuiz bistari dan pengunjung bertuah.