Mohon bantuan dan sumbangan untuk membantu Muhammad Amir Rezdwan bin Hasrin pelajar 5 Al Khindi

Assalamualaikum….
Mohon bantuan dan sumbangan untuk membantu Muhammad Amir Rezdwan bin Hasrin pelajar 5 Al Khindi yg menderita akibat kemiskinan dan ibu bapanya yang sakit. Ibunya ( Habibah bt. Jaafar) mengidap kanser payudara manakala ayahnya (Hasrin b. Rosdi) menghadapi masalah buah pinggang dan pernah menjalani pembedahan.
Si Ayah juga menghadapi masalah bengkak hati dan uluran. Amir sendiri sbg menjalani rawatan di HPRZ kerana disyaki terkena kanser toroid. Berbekalkan bantuan JKM sebanyak rm400 ibu dan ayahnya terpaksa menyara keluarga,
Si Ayah mengambil upah sebagai buruh kasar dan biasanya tak dpt bekerja kerana sakit. Amir dan adik-adiknya sering tidak hadir ke sekolah bila ibu dan ayahnya sakit. Dengan 8 orang anak dan 7 yg bersekolah (3 sekolah menengah dan 4 sekolah rendah) belanja sekolah sering terputus dan anak-anaknya sering tidak bersekolah.Rumah yg disewa dengan sewa rm150 sebulan sangat daif dan kelengkapan rumah yg serba daif (tv pun tak ada) mereka hidup dalam serba kekurangan. Seawal jam 6 pagi kita akan dapat melihat anak-anaknya yg bersekolah rendah berjalan kaki untuk ke sekolah dan Si Ayah yg setiap hari bersolat subuh di Mesjid Besar PMas. Keluarga ini tidak mempunyai sebarang motorsikal untuk kegunaan mereka. Amir tidak hadir ke sekolah kerana tidak ada wang saku…..
Pihak sekolah tmpat 3 beradik bersekolah menengah telah membantu pelajar ini setakat termampu memandangkan dana Tabung Kebajikan Pelajar hanya mengharapkan kutipan derma harian dan bulanan dari guru2 dan pelajar semata dan terpaksa diagihkan kpd pelajar miskin lain.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus kepada si Ayah.
Ayuh rakan-rakan kita bantu keluarga mereka…dengan apa cara yg kita mampu…mereka sangat memerlukan motosikal…kita berpakat usahakan sebuah motorsikal secondhand utk Si Ayah menghantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja…atau apa bantuan…pakaian…kelengkapan rumah…makanan…dll. Sumbangan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Asharuddin dan Cikgu Iskandar.
di talian 097909214

TKASIH.

NOMBOR . Tel. Ayah Amir Firdaus : 011-25687906.

ANAK-ANAK YANG BELAJAR DI SMKSIS

Mohd Amer Redzuan bin Hasrin( 5 Kindi),
Mohd. Kuzaini bin Hasrin ( 4 Kindi )
Mohd. Amir Firdaus bin Hasrin ( 2 Dedikasi )

Akaun Bank Islam :
03018021582972. HASRIN BIN ROSDI

Alhamdulillah
Hasil keperihatinan dan kemurahan hati penderma pihak sekolah telah berjaya menyerahkan sebuah motorsikal kepada En. Hasrin untuk kegunaan harian keluarga.

Terima kasih kepada semua penderma
Teruskan membantu untuk meringankan beban mereka.