MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH KALI PERTAMA 2011

Mesyuarat Jawatankuasa ini telah diadakan pada hari Ahad 5/1/2011 jam 2.30 petang dan telah dipengerusikan oleh Pn. Muhanizah bt Mustapha, Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1).

Pada mesyuarat kali ini berbagai perkara telah dibincangkan diantarannya termasuklah perancangan/aktiviti 2011, fokus sekolah agar selaras dengan fokus JPN, disiplin pelajar serta pelaksanaan program Kokurikulum.

Puan pengetua merakamkan ucapan terima kasih dan rasa bangga di atas lontaran idea yang diberikan oleh para guru dan berharap agar tahun 2011 SMKSI(1) akan lebih cemerlang.

Mesyuarat telah ditangguhkan jam 5.00 petang.