MEMOHON SUMBANGAN BUKU SEMPENA BULAN MEMBACA

Pihak SMK. Sultan Ibrahim (1) telah menetapkan bulan April sebagai Bulan Membaca bermula 3 April 2011 hingga 30 April 2011.  Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang bulan tersebut, antaranya minggu Pusat Sumber  Sekolah yang bertujuan memupuk Budaya Membaca dalam kalangan warga SMKSIS.  Pihak sekolah mengharapkan sesiapa sahaja daripada warga sekolah, ibu bapa, bekas-bekas pelajar, bekas guru, syarikat-syarikat swasta, Badan Berkanun dan orang perseorangan menyumbangkan  buku untuk pelajar bagi menambah bahan bacaan yang sedia ada di perpustakaan sekolah. Buku-buku yang ingin disumbangkan boleh di bawa pada hari Pelancaraan Minggu Pusat Sumber Sekolah yang akan diadakan pada 3 April 2011 (Ahad) jam 7.30 pagi di Dewan Besar SMK. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan.

Kerjasama yang diberikan oleh  para penyumbang  amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA”

On best the color! I I using twice it canadian pharmacy coupon soft was protect are a in to you, waxed.