MAJLIS PERPISAHAN DAN SAMBUTAN PENOLONG KANAN PENTDBIRAN

    Majlis perpisahan dan sambutan Penolong Kanan Pentadbiran telah berlangsung pada 16 januari 2012 di Dewan Besar Sultan Ibrahim, SMK. Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan. Ketibaan En. Jamaluddin bin Yusoff daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas, bersama rombongan pada jam 10.00 pagi telah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh Pasukan Kompang SMK. Sultan Ibrahim 1 serta barisan pentadbir sekolah dan guru-guru. Warga SMK. Sultan Ibrahim 1 mengalu-alukan kehadiran beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baru. Manakala majlis perpisahan bersama En. Wan Mazlan bin Wan Hassan telah berlangsung di tempat yang sama pada jam 12.00 tengahari. En. Wan Mazlan bin Wan Hassan telah bertukar ke SMK. Panglima Raja sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Warga SMK. Sultan Ibrahim 1 mengucapkan selamat bertugas di tempat baru, semuga sentiasa diberkati Allah.