MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI MINGGU KE 6/2011

Majlis perhimpunan pagi telah diadakan di Dewan Besar Sultan Ibrahim , SMK. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan yang melibatkan semua pelajar dan semua guru.
Perhimpunan bermula jam 7.40 pagi sehingga 8.30 pagi.

Di dalam majlis ini para pelajar telah diberikan ceramah motivasi oleh Pn. Almi Hidayah bt Halim, Kaunselor sekolah tentang memperingati bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W serta contoh-contoh dan sifat terpuji baginda.

Para pelajar juga diberikan peringatan dan nasihat oleh Guru Kanan Sains Sosial, Pn. Fariza bt Che Daud tentang amalan mulia yang patut dilakukan oleh kita lebih-lebih lagi di dalam menyambut bulan Rabiul Awal. Beliau juga turut menyentuh tentangA?A?kebaikan A?sifat menderma dan mengadakan majlis-majlis bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad S. A.W serta kelebihan amalan berselawat ke atas baginda. Disamping itu beliau juga memaklumkan tentang SambutanA? Maulidul Rasul peringkat SMK. Sultan Ibrahim (1) yang akan diadakan pada 17 Februari 2011 (Khamis)A? jam 9.00 pagi. Sambutan ini akan diadakan secara besar-besaran dan para pelajar atau ibubapa yang berkemampuan digalakkan menderma bagi menjayakan program ini.

Pada majlis perhimpuanan ini juga Penolong Kanan HEM, En. Che Ahmad Zaini bin Hussin memaklumkan tentang tempat letak motosikal / basikal pelajar yang baru di dalam kawasan berpagar dan berkunci. Para pelajar diminta menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Disamping itu pelajar juga diingatkan bahawa mereka dilarang membawa masuk motosikal ke dalam kawasan sekolah di waktu petang.

Adalah diharapkan agar semua pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa masalah. Kejayaan sekolah kita terletak ditangan para pelajar sendiri.

cialis