MAJLIS PERASMIAN BACAAN YASIN PERDANA PERINGKAT SMK. SULTAN IBRAHIM (1)

6 April 2011 – Majlis Perasmian Bacaan Yasin Perdana Peringkat SMK. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, telah disempurnakan oleh pengetua SMK. Sultan Ibrahim(1), Puan Muahnizah bt Mustapha. Majlis pagi ini bermula jam 7.40 pagi di Dewan Besar Sultan Ibrahim yang melibatkan semua pelajar dan semua guru yang beragama Islam, manakala pelajar nonmuslim bersama guru nonmuslim. Majlis telah dimulakan dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Yahya. Beberapa perkara telah disentuh di dalam tazkirah ini termasuklah fadilat membaca Al_Quran. Menurut beliau lagi Rasulullah S.A.W telah bersabda “Hendaklah kamu sentiasa membaca Al-QUran kerana Al-Quran itu menjadi Nur kepada kamu di atas muka bumi”. Di dalam ucapan perasmiannya Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1), Pn. Muhanizah bt Mustapha pula mengharapkan program Bacaan Yasin Perdana ini menjadi Acara Bulanan Ko-Kurikulum. Beliau turut mengalu-alukan semua aktiviti yang dirancang oleh setiap unit demi pembangunan pelajar sekolah ini. Beliau juga turut menegaskan bahawa bukan semua orang yang pandai membaca buku itu pandai membaca Al_Quran. Beliau menyeru kepada semua pelajar agar rajinlah membaca Al-Quran kerana ia adalah santapan rohani dan jasmani. Kemuncak pada majlis hari ini ialah bacaan Yasin secara beramai-ramai oleh para guru dan pelajar yang diketuai oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Wan Mazlan bin Wan Hassan dan diakhiri dengan bacaan doa oleh beliau. pengetua dan semua pentadbir sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Majlis Dakwah Dan Islam yang telah bekerjasama dengan Unit KoKurikulm SMK. Sultan Ibrahim (1) melaksanakan program ini.Tidak lupa juga kepada semua guru dan semua pelajar dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan majlis ini.