MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2012

Majlis ini diadakan pada hari ini 26 Februari 2012 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim 1. Ianya dirasmikan oleh PN. Soo Ah Khem (Penolong PPD) – Bahasa Melayu, Bachok. Ianya dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah/Unit Bimbingan dan kaunseling/unit Hem dan Unit Ko-kurikulum. Tema nya adalah ILMU TANPA SEMPADAN. Pelancaran ini adalah mempunyai Objektif memupuk sikap dan tingkahlaku positif terhadap disiplin dan sahsiah, membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan fungsi PSS sebagai sumber ilmu. Kumpulan sasaran adalah guru dan pelajar SMKSIS.