MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa anjuran PIBG SMK. Sultan Ibrahim (1) telah diadakan di Dewan Besar Sultan Ibrahim, SMK. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP PIBG Dato’ Senator Dato’ Hj. Ab. Rahim bin Ab. Rahman dan isteri Datin Zainab serta AJK PIBG, Penolong Pengarah Jabatan Pelajari Negeri Kelantan, Tn. Hj. Zahari bin Daud, Penolong Pegawai PPD Pasir Mas, Tn. Hj. Zulkifli bin Mohd Yaman, Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Teknik Dan Vokasional), para guru dan kakitangan serta barisan Exco Pengawas sekolah. Ketibaan para tetamu jemputan disambut oleh Pn. Muhanizah bt Mustapha, Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1), semua Penolong Kanan, Guru-guru kanan serta para guru.

Majli berbuka puasa dimulakan dengan ucapan oleh YDP PIBG YB Senator Dato’ Hj.Ab. Rahim bin Ab. Rahman. Beliau telah memberi sumbangan untuk keseluruhan majlis berbuka puasa ini. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majis ini diserikan lagi dengan ceramah Ihya’ Ramadhan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Zuki dari PPD Pasir Mas dan diakhiri dengan tahlil oleh Ustaz Zulkifli bin Mohammad. Selepas berbuka puasa para tetamu bersama-sama mengerjakan Solat Maghrib berjemaah di Musalla sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.