LAWATAN KERJA KE SMK. BINTANG UTARA, KUALA LUMPUR.

Seramai 40 orang yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru serta AJK PIBG SMK. Sultan Ibrahim 1 akan menyertai lawatan kerjaA? ke SMK. Bitang Utara Kuala Lumpur pada hari ini 5 Oktober 2011. Tujuan lawatan ini adalahA? untuk mendapatkan pendedahanA? tentang perlaksanaan sekolahA? kluster disampingA? dapat berkongsiA? idea dikalangan guru-guruA? sekolah ini dan SMK. Bukit Bintang Utara .

Lawatan selama 2 hariA? ini adalah tajaan YDP PIBG SMK. Sultan Ibrahim 1 , Pasir Mas, Kelantan, Senator Dato’ Hj. Ab. Rahim bin Ab. Rahman. Pengetua SMK. Sultan Ibrahim 1 Tn. Hj. Ab. Halim bin Che Hassan beserta semua barisan pentadbir dan guru SMK. Sultan Ibrahim 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Hj. Ab. Rahim bin Ab. Rahman di atas sumbangan ini.

Diharapkan agarA? program ini akan menghasilkan idea-idea baru dan seterusnya melonjakkan lagiA? kecemerlangan sekolah di masa akan datang.