LAWATAN AJK PIBG SMK. SULTAN IBRAHIM (1) KE SMKA. WATANIAH, MACHANG, KELANTAN.

SMKSI (1) Pasir Mas 17 Mei 2010: Jawatankuasa PIBG SMKSI(1) yang diketuai oleh YB. Sanator Dato' Hj. Ab. Rahim bin Ab. Rahman, pentadbir sekolah dan guru-guru telah membuat kunjungan ke SMKA. Wataniah Machang. Sekolah ini dipilih kerana ia telah pun mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah KlusterA? oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ahli romongan yang seramai 22 orang ini telah disambut oleh YDP PIBG SMKA. Wataniah, Tn. Hj. Musa bin Ahmad serta pengetua sekolah iaitu Tn. Haji Jusoh bin Omar serta pentadbir dan guru-guru sekolah tersebut.Tujuan lawatan iniA? diadakan adalah untukA? berkongsi idea di antara SMKA. Wataniah dan SMKSI(1).

YDP PIBG SMKA. Wataniah, Tn. Hj. Musa bin Ahmad turut memberi taklimat tentang peranan PIBG di dalam membantu membangunkan SMKA. Wataniah sehingga muncul sebagai sekolah Kluster. Beliau juga turut memaklumkan antara sumbangan PIBG kepada SMKA. Wataniah adalah mendirikan Masjid Putera di SMKA. Wataniah dengan kos sehingga RM1 Juta. PIBG juga turut membeli van dan A?kereta untuk kegunaan sekolah. Kerjasama yang erat antara PIBG dan pihak sekolah telah memberikan impak yangA? besar kepada sekolah.

Ahli rombongan juga telah diberikan taklimat berkenaan profil sekolah danA?transformasi ke arah SBT/Kluster. Taklimat telah disampaikan oleh Pengetua SMKA. Wataniah Tn. Hj. Jusoh bin Omar. Selepas taklimat, A?YDP PIBG SMKSI(1), YB. Sanator Dato' Hj. Ab. Rahim bin Ab. Rahman telah bertukar cenderahatiA?dengan A? YDP PIBG SMKA. Wataniah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas lawatan ini.

Diakhir lawatan ahli rombonganA? telah di bawa melawat sekitar sekolah. Pada jam 1.00 tengahA? hari ahli romongan telah bertolak pulang setelah menikmati makan tengahari yangA? disediakan oleh pihak SMKA. Wataniah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua YDP PIBG SMKSI(1) dan YDP PIBG SMKA. Wataniah dan AJK, pihak pentadbir dan guru-guru kedua-dua sekolah yang telah ikut serta di dalam rombongan ini.

viagragroupresult.com

viagra online