KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KALI KE 2/2011

1.Tajuk:

a. Pengurusan Headcount Secara Berkesan Dapat menjana Kecemerlangan Pelajar Dalam Peperiksaan Awam (Semua guru)
< b. Tanggungjawab Penjawat Awam (guru dan kaki tangan sokongan) dari Perspektif Islam (Semua guru dan staf sokongan) 2. Penceramah

a. Tuan Haji Zahari Bin Daud (Timbalan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.)
b. Tuan Haji Ab. Razak bin Mat Saat (Mantan Ketua Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan).

3. Tarikh
17 September 2011

4. Masa: Jam 8.00 pagi – 1.30 petang

5. Sasaram:
a.135 orang guru (SMKSI 1)
b. 20 orang kakitangan sokongan (SMKSI 1)

6. Tempat : Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Lubok Jong, Jalan
Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

7. Rasional
7.1 Sehingga bulan Ogos, tahun 2011 baru sekali pihak sekolah mengadakan
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru dan kaki tangan
sokongan iaitu kursus anjuran Biro Tatanegara cawangan Negeri Kelantan
dengan kerja sama PPD Pasir Mas.

7.2 Berdasarkan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian
Pelajaran Malaysia, Setiap kakitangan awam wajib menghadiri sebanyak
tujuh kali kursus profesionalisma dalam setahun. Walau bagaimana pun
pekeliling baru ada memberi kelonggaran kepada kakitangan awam yang
tidak cukup tujuh hari berkursus dalam setahun boleh diganti dengan
program pembacaan buku dan pembentangan.

8. Objektif
8.1 Supaya guru dan staf sokongan sekolah ini akan sentiasa berada dalam situasi bermotivasi tinggi.
8.2 Supaya guru dan staf sokongan mempunyai pengetahuan luas yang ada kaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing.
8.3 Dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian dalam sektor awam.
8.4 Dalam memberi kesedaran kepada para guru dan kakitangan sokongan tentang bidang tugas dan kewajipan masing-masing.
8.5 Dapat menambahkan lagi pengetahuan dan maklumat terkini daripada input-input yang akan disampaikan oleh para penceramah jemputan.

9. Matlamat
Supaya semua guru dan kakitangan sekolah ini dapat sama-sama mengembelingkan tenaga dan kepakaran untuk mencapai visi sekolah iaitu SMK. Sultan Ibrahim 1 Gemilang 2013.

10. Aturcara Majlis

08.00 pagi – 08.30 pagi Pendaftaran
08.30 pagi – 09.00 pagi Bacaan doa dan ucapan perasmian
09.00 pagi – 11.00 pagi Ceramah 1
11.00 pagi – 01.30 pagi Rehat
11.30 pagi – 01.30 ptg Ceramah 2
01.00 ptg – 02.00 ptg Makan tengah hari

11. Pemantauan
Pelaksanaan dan pejalanan kursus akan dipantau oleh pengetua dan para Pentadbir sekolah.

12. Harapan
Semoga kursus dapat berjalan dengan lancar dan berkesan seperti yang dirancangkan dan memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

13. Jawatankuasa Induk

Penasihat : Tn. Hj. Abd. Halim bin Che Hassan (Pengetua)
Pengerusi : En. Wan Mazlan bin Wan Hassan (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Che Ahmad Zaini bin Hussin (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Hjh. Nur Aziemah Nadia Lua bt Abdullah
Penyelaras : Drs. Ab. Aziz bin Haji Omar
Setiausaha : En. Azmin bin Hamzah