KELAS TAMBAHAN MALAM

Semua pelajar tingkatan 5 SMK. Sultan Ibrahim (1) telah mengikuti program kelas tambahanA? pada waktu malam. Kelas tambahan ini diadakan pada setiap malam Ahad, Isnin, Selasa, dan Rabu. Satu jadual khusus disediakan. semua guru mata pelajaran diberikan giliran mengajar subjek mereka masing-masing,

Salah seorang pelajar Tingkatan 5S3 Siti Ruhiyah bt Abdullah yang turut mengikuti program ini berkata, beliau bersyukur dan rasa bertuah diatas komitmen yang diberikan oleh pihak sekolah dengan mengadakan program seperti ini. Beliau yang berhasrat untuk memperolehi semua A dalam peperiksaan SPM 2011 yang akan bermula tidak lama lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbir, PIBG dan semua guru sekolah ini yang telah mengadakan pelbagai program untuk kejayaan para pelajar sekolah ini.