IHYA’ RAMADHAN

Bulan Ramdhan adalah penghulu segala bulan. Bulan ini dipenuhi dengan keampunan, rahmat dan pembebasan dari api neraka. Pahala setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini digandakan, amalan sunat diberi ganjran seperti amalan wajib dan amalan wajib digandakan tujuh puluh kali ganda. Oleh yang demikian satu siri program ‘Ihya’ Ramadhan (Menghidupakan bulan Ramadhan) disusun bagi mengisi ruang dan peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya.

0BJEKTIF

1.Memastikan pelajar mengetahuan kepentingan syariat puasa dan melaksanakan ibadah ini dengan sebaik-baiknya.

2.Membantu dan mengalakkan pelajar melaksanakan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan.

3. meningkatkan amalan rohani dan membersihkan jiwa sebagai persiapan menghadapi peperiksaan.

4.Membantu pelajar membina peribadi mulia dengan ibadah ini.

SASARAN

Semua pelajar Islam SMKSIS dan semua guru Islam SMKSIS

Program ini adalah anjuran jawatankuasa MAKDIS SMKSISA?dan A?telah dirasmikan oleh Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1), Tn. Haji Ab. Halim bin Che Hassan manakala penceramah jemputan ialahA?Al-Fadhil A?Ustaz Baharin bin Yusoff, Imam Tua Masjid Mahmudi, Bandar Bachok,A? Kelantan.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : ‘ Sesiapa yang berpuasa Ramdhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanyaA? yang terdahulu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)