CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN FIZIK BAGI PELAJAR SPM 2011

Ceramah teknik menjawab soalan SPM 2011 bagi semua pelajar tingkatan 5 Aliran Sains telah diadakan pada hari ini jam 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari di Dewan Bintang, SMK. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan Fizik di peringkat peperiksaan SPM yang akan bermula tidak berapa lama lagi.

Semua pelajar yang terlibat telah mengikuti ceramah ini dengan penuh minat. Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1) pasir Mas, Tuan Haji Ab. Halim bin Che Hassan melahirkan rasa gembira dengan komitmen dan kesungguhan para guru serta pelajar menjayatakan program ini.