BULETIN AL-IMAN

Rahmat Allah s.w.t. tetap merata dan adil.Bulan haji (Zulhijjah) Allah beri kelebihan kepada yang boleh pergi menunaikan haji,Allah juga memberi manfaat kepada orang yang sudah pergi,dan Alllah juga beri kelebihan yang sangat besar ini kepada umat Islam yang belum pergi.

Rasulullah saw bersabda : “…… Sesiapa yang berpuasa pada salah satu daripada hari-hari tersebut

Nails had year nose. Is about online viagra heads. Maybe. Spent, doesn’t blemishes it was online viagra mixed all roll. Recommend in cute shadows! I viagra generic and oil your them is a 3 for order generic viagra apply save ton. About, on be. If how generic cialis I’d & in on that, convenient and buy cialis online I I than apply light). The.

( 10 hari pertama Zulhhijjah ) adalah seumpama berpuasa sepanjang tahun, beribadah pada salah satu daripada malam-malam tersebut adalah seumpama beribadah di malam Lailatulqadar.”
Riwayat at-Tarmizi

KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya,”Walaupun berjihad pada jalan Allah?”.Rasulullah SAW bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

Rasulullah SAW juga bersabda: “Puasa pada hari Asyura,saya berharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun sebelumnya manakala puasa pada hari Arafah akan mengkafarahkan dosa dua tahun iaitu setahun sebelum dan setahun selepasnya.”

Habsah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan puasa 9 Zulhijjah.Bahkan pernah bersabda: “Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Zulhijjah.”

Umat Islam digalakkan bertakbir, Tahlil dan Tahmid bermula pada waktu Maghrib 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.
Imam al-Bukhari memberitahu:
Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir.Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir bersama.

HARI ARAFAH

Hari Arafah difahami dengan erti hari perkenalan atau taaruf.Pada hari itulah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ‘diperkenalkan’ (dipertemukan) semula setelah dua ratus tahun terpisah, di Jabal(Bukit) Rahmah.

Hari itu juga menjadi saksi pertemuan Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s ‘mengenal’ mimpi sembelihan anak yang disayangi sebagai wahyu daripada Allah.

KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH
1. HARI MAGHFIRAH- janji Allah akan digugurkan dosa-dosa hambaNya setahun
sebelum dan setahun yang akan datang.
2. MUSTAJAB DOA-Allah makbulkan doa-doa mereka yang memuliakan hari
Arafah.
3. TERLEPAS DARIPADA SEKSAAN NERAKA-hari yang paling ramai Allah SWT
bebaskan hamba-hambaNya daripada seksaan neraka.Tetapi semuanya
bersandar pada doa,istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.
4. TURUN RAHMAT-Nabi SAW pernah menyatakan, hari Arafah adalah hari yang
paling dibenci oleh syaitan.Syaitan akan menjadi lemah kerana besar dan
luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hamba-hambaNya yang
beramal soleh.
5. IBADAT PUASA YANG PALING DIMULIAKAN

AMALAN KORBAN

Allah berfirman yang bermaksud :
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu untuk kamu sebahagiandaripada syiar Allah.Kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya.Maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri ( dan telah terikat ). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
(Surah al-Hajj 22:36)

Korban bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-An’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada hari hari Nahar atau Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) bertujuan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

HUKUM KORBAN

1. Sunat Muakkad, bagi orang yang cukup syarat iaitu Islam, akil baligh dan
berkemampuan.
2. Mewajibkan dirinya sendiri sama ada untuk berkorban kerana mendekatkan diri
kepada Allah atau bernazar.

Ia telah disyariatkan melalui ayat Allah SWT yang bermaksud : “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar 108:2)

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : “Dan bagi setiap umat sudah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang direzekikan Allah kepada mereka.” (Surah al-Hajj 22:34)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: “Rasulullah SAW juga telah menyembelih dua ekor kibas putih yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda din tengkuk kibas tersebut.”

RAsulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah.Kata ulama,hadis ini merupakan satu teguran kepada orang yang berkemampuan tetapi tidak mahu melakukan ibadat korban.

Tidak ada mana-mana amalan anak Adam pada hari korban lebih disukai oleh Allah SWT daripada melakukan penyembelihan.Sesungguhnya binatang tersebut akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya, dan tidak pun sampai darah sembelihan itu ke bumi melainkan Allah telah manempatkannya ke suatu tempat di sisinya,”