BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA……

Pada tahun 2012 SMK. Sultan Ibrahim 1 telah menerima 3 orang guru baru (guru Penolong)A? iaitu En. Azhar bin Mohd Noor, En. Rusdi bin Othman dan Pn. Norhayati bt Ab. Rahman. Kami warga sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai sepasukan kerja di sekolah ini. Pada masa yang sama SMK. Sultan Ibrahim 1 juga telah kehilangan 4 orang guru yang telah bertukar iaitu En. Ahmad Khairi bin Hamzah, Pn. Fariza bt Ya dan En. Mohd Amin bin Yusoff. Manakala Tn. Hj. Nor Azlan bin Mohd YusoffA? Guru Kanan Tekanik dan Vokasional telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK. Sri Jias.Pasir Mas, Kelantan. Dan dalam masa terdekat pula SMK. Sultan Ibrahim 1 juga telah kehilangan Penolong Kanan Pentadbiran En. Wan Mazlan bin Wan Hassan yang bertukar ke SMK. Panglima Raja, Pasir Mas dan tempat beliau diganti pula oleh En. Jamaluddin bin Yusoff, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas.Syabas dan tanhniah diucapkan.Selamat datang kepada guru yang baru, dan selamat bertugas ditempat yang baru kepada mereka yang bertukar. Jasa semua guru akan tetap disanjung.

“Bertemu dan berpisah adat manusia biasa….”
“Hilang dimata namun dihati tidak lupa…”
“Berdoalah kita semuga sejahtera….”