AN-NAJAH FII RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan.A? Bulan ini dipenuhi dengan keampunan, rahmat dan pembebasan dari api neraka. Pahala setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini digandakan, amalan sunat diberi ganjaran seperti amalan wajib dan amalan wajib digandakan tujuh puluh kali ganda.A? Sedar atau tidak, Ramadhan semakin dijanjikan oleh Allah dengan amalan-amalan sunnah atau membiarkan Ramadhan berlalu sebagaimana bulan-bulan lain.A? Dikesempatan yang masih ada ini sama-samalah kita mengimarahkan Ramadhan dengan pelbagai amalan sunat.

Objektif

1. Memastikan pelajar mengetahui kepentingan syariat puasa dan melaksanakan ibadah ini dengan sebaik-baiknya.
2.A? Membantu dan menggalakan pelajar melaksanakan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan.
3.A? Memuhasabah kesempurnaan dan keikhlasan amalan sepanjang Ramadhan.
4.A? Menyampaikan hadiaH dan sumbangan zakat kepada pelajar.

Sasaran
Semua pelajar Islam SMKSIS dan guru-guru Islam SMKSIS

Tema

RAMADHAN AL-MUBARAK MELAHIRKAN INSAN BERTAQWA
Perasmian Penutup
Tn. Haji Abdul Halim bin Che Hassan (Pengetua SMKSIS)

Tarikh:
25 Ogos 2011

Masa:
11.00 pagi

Tempat:

Dewan Besar SMKSIS

Anjuran Bersama:

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah dan Unit Ko-Kurikulum Pendidikan Islam.

ATURCARA MAJLIS PENUTUP IHYA’ RAMADHAN

11.00 pagi: Pelajar berkumpul di Dewan SMKSIS
11.05 pagi: Alunan Asma Ul-Husna
11.10 pagi: Bacaan Doa
11.15 pagi: Bacaan Al-Quran oleh
Adik Mohd Zakwan bin Zulkifli
11.20 pagi: Penyampaian Hadiah Kuiz Ramadhan dan Saguhati Tadarus
11.45 pagi Sumbangan zakat kepada pelajar yatim dan miskin
12.15 tghari: Ucapan Perasmian Penutup Program Ihya’ Ramadhan oleh
Tn. Hj. Ab. Halim bin Che Hassan
Pengetua SMK. Sultan Ibrahim (1)
12.30 tghari: Bersalaman antara Guru dan Pelajar (salam Syawal)
1.30 tghari: Bersurai

Dari Umu Mukminin Aisyah r.a “Adalah Rasulullah S.A.W, apabila masuk( tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w bersediah dan bersiap-siap menghidupkanA? (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttafaq Alaihi)

Dari Abu Ayub al-Asari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:”Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diaA? berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulanSyawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Muslim)